Tuesday, April 29, 2008

TEMB. PiNGAT POLiS








Kerja keras, beretika dan berdisiplin tinggi dalam melaksanakan sesuatu tugas adalah ciri ciri penting yang perlu ada dalam diri seseorang anggota pasukan keselamatan. Dalam memberikan penghargaan kepada anggota pasukan Polis yang bertugas dengan cermerlang, satu majlis penyampaian 'Pingat Satu Tahun Perkhidmatan Polis' kepada 10 orang anggota polis diadakan di Daerah Temburong pagi tadi.
Penyampaian 'Pingat Satu Tahun Perkhidmatan Polis' pagi tadi disempurnakan oleh Pemangku Pegawai Pemerintah Daerah Polis Temburong, Pemangku Penguasa Polis, Awg Mohd Hatta bin Mohd Buntar. Seramai 10 orang anggota polis yang telah berkhidmat di Pasukan Polis Diraja Brunei selama setahun menerima pingat mereka. Antara kiteria yang melayakkan mereka menerima pingat termasuk memiliki rekod perkhidmatan yang baik, berdisiplin tinggi dan menjalankan tugas dengan baik dan cekap. Para anggota juga diharapkan akan terus meningkatkan prestasi khidmat mereka dengan penuh dedikasi dan bermotivasi dalam melakukan sebarang tugasan kepolisian. Acara berlangsung di kawasan lapang Ibu Pejabat Daerah Polis Temburong.


ends/adr