Dengan adanya aktiviti Bengkel seperti bengkel Kuih Tradisi, ianya dapat memberikan pendidikan serta pendedahan tentang cara cara pembuatan kuih tradisional kepada generasi muda agar dapat terus dipertahan pada masa akan datang.
Seramai 48 orang peserta terdiri dari remaja dan orang dewasa telah mengikuti bengkel Kuih Tradisi ini yang bertempat di Balai Raya Orang Kaya Sura Haji Tuba bin Taliff Kampung Senukoh Daerah Temburong. Bengkel ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada anak anak muda dan orang ramai akan cara cara pembuatan kuih tradisi yang mana pada zaman sekarang hanya warga tua saja yang tinggal berpengelaman dalam penghasilan kuih tradisional seperti ini, aktiviti yang dianjurkan oleh Maljis Perundingan Kampung Senukoh ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrrahim diantara penduduk penduduk kampung di Mukim Labu. Selain itu ianya juga untuk memajukan lagi perekonomian kampung yang mana pada masa ini Majilis Perundingan Kampung mengadakan anugerah kampung cemerlang dari segi perekonomian. Sepanjang bengkel ini dijalankan peserta peserta dapat mempelajari empat jenis cara pembuatan kuih tradisi seperti Kuih Sapit, Kuih Buah Ulu, Kuih Penyaram dan Kuih Pais Manis.
ENDS/ADR



