Friday, April 25, 2008

AKTiViTi RiADAH KE WASAi -PPDT

Persatuan Pengakap Daerah Temburong mengadakan aktiviti riadah meliputi jungle trekking di Wasai Buang Bulan, Temburong pada 13hb April 2008 2 minggu lalu.

Ia melibatkan lebih 100 orang anggota Pengakap yang dipimpin oleh Skipper Haji Abdul Rahman Merusin, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Temburong.


Anggota pengakap terdiri daripada anggota sekolah rendah di daerah Temburong. Sekolah-sekolah yang terlibat ialah Sekolah Rendah Sultan Hassan Bangar, Sekolah Rendah Labu Estate, Sekolah Rendah Puni dan Sekolah Rendah Amo. Penyertaan lain mengikuti aktiviti riadah itu termasuk belia-belia dari Pusat Belia dan Sukan dan Bulan Sabit Merah.


Aktiviti diadakan sebagai salah satu aktiviti pendedahan perkhemahan dan rasa sayang dan tanggungjawab kepada flora dan fauna hutan di negara ini. Pendidikan tidak formal di luar bilik darjah ini membantu ahli-ahli pengakap khasnya ahli-ahli tunas baru bagi mengetahui secara realiti pelajaran-pelajaran yang berkaitan di sekolah.


Antara aktiviti yang dibuat ialah taklimat aktiviti, trekking, taklimat pertolongan cemas dan pengetahuan asas di hutan serta permainan yang mencabar.


Menjelang petang, pasukan bergerak balik. Semasa perjalanan hujan turun dengan lebat menyebabkan laluan menjadi becak. Walaupun berjalan kaki sambil bermandikan hujan, ekspedisi ini menjadi pengalaman yang menyeronokkan bagi pengakap-pengakap tunas baru.