Friday, April 4, 2008

JERAYAWARA BOMBA



Dalam usaha Jabatan mempromosikan dan menyebarluaskan berkaitan dengan aspek keselamatan kebakaran kepada masyarakat umum, membolehkan mereka mengetauhi dengan lebih jelas dan dekat lagi akan tugas, fungsi, peranan dan tanggungjawab Jabatan Bomba dan Penyelamat.


Pagi tadi telah berlangsungnya Majlis Jerayawara Sempena Sambutan Ulang Tahun Jabatan Bomba dan Penyelamat Kali Ke 48 Tahun bagi Cawangan Operasi ‘G’ Bomba dan Penyelamat Daerah Temburong. Jerayawara ini adalah merupakan kesinambungan acara-acara yang mana telah diadakan sebelumnya di Daerah Brunei-Muara, Daerah Tutong dan Daerah Belait selama 3 hari. Hadir selaku tetamu kehormat pagi tadi ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara Yang Berhormat Awg Haji Sulaiman bin Haji Ahad. Turut hadir Pemangku Pegawai Daerah Temburong Awg Matusin bin Orang Kaya Sura Haji Tuba.


Jerayawara selama 3 hari ini akan dapat memberikan satu pendidikan dalam membentuk satu masyarakat yang mempunyai Budaya Keselamatan Kebakaran dan Jabatan ini akan sentiasa memberikan penerangan, ceramah, latihan dan demontrasi mengenai risiko kebakaran dan sebagainya. Disamping itu juga sepanjang jerayawara ini dijalankan nanti beberapa program dan aktiviti-aktiviti telah disusun seperti lawatan-lawatan penuntut-penuntut sekolah rendah dan menengah, persembahan operasi dan menyelamat, kuiz bomba sepanjang masa, peraduan mewarna bagi kanak-kanak berumur 6 ke 8 tahun dan 9 ke 12 tahun, taklimat mencegah kebakaran, pertandingan kawat dan pertandingan menembak target menggunakan alat pemadam api.





Jabatan ini melalui Cawangan Operasi ‘G’ Bomba dan Penyelamat Daerah temburong akan berusaha lebih gigih dan padu lagi bagi mengambil lagkah pendekatan dengan masyarakat sacara berterusan iaitu melalui Penubuhan Pasukan Sukarelawan Bomba yang terdiri daripada penduduk-penduduk Mukim dan Kampoung, Kakitangan Kerajaan dan Syarikat Swasta. Dimana penglibatan pasukan-pasukan sukarelawan ini nanti akan dapat menunjukkan hubungan dua hala yang erat diantara masyarakat dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi sama-sama bertanggungjawab menyumbangkan khidmat bakti kepada masyarakat dan Negara. Majlis Berlangsung di Kawasan Kompleks Utama Bumiputera Pekan Bangar Temburong.





ENDS/ADR