Bagi megisi masa lapang semasa cuti sekolah ini, para penuntut penuntut dan belia belia seharusnya melakukan aktiviti aktiviti yang lebih sihat dan berfaedah agar mereka tidak mengisi masa yang terluang dengan melakukan perkara perkara yang tidak bermanfaat dan boleh menjebak ke arah yang negatif.
Tempat yang menjadi tumpuan para pelajar semasa musim cuti sekolah penggal kedua ini tertumpu di Perpustakaan Dewan Bahasa Dan Pustaka Daerah Temburong. Pelajar pelajar meluangkan masa dengan membuat kerja kerja sekolah, mengulang kaji pelajaran dan membaca buku. Pelajar pelajar juga boleh menggunakan komputer yang telah disediakan bagi memudahkan mereka mencari sumber mata pelajaran yang ingin mereka ketauhi. Dengan ini mereka dapat memanfaatkan kemudahan Perpustakaan disamping memasyarakatkan budaya membaca serta melahirkan sifat suka membaca disamping memelihara pembelajaran mereka sepanjang masa. Pelajar pelajar berpeluang membuat ulang kaji bersama dengan kawan kawan dan membuat kerja sekolah.
Untuk mengisi waktu lapang di musim cuti sekolah ini pihak pusat belia juga telah menyediakan aktiviti activiti khususnya untuk belia seperti latihan tarian, lakunan, drama, guling tangan, band,latihan di lakukan pada setiap hari di waktu pagi petang malam iaitu latihan dan aktiviti yang barlainan, tenaga pelajar adalah sukarelawan yang terdiri daripada guru-guru sekolah, Disamping itu latihan latihan yang mereka buat ini adalah juga untuk persembahan padang hari keputraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddualah Sultan dan Yang Di pertuan Negara Brunei Darussalam di daerah Temburong nanti.



