ahaha.. lawa xa..
Di gelanggang Permainan Jabatan Pendidikan Kokurikulum petang kelemarin,telah mengadakan Pelancaran Acara-Acara Sukan Sempena Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam Kali ke 62 tahun bagi tahun 2008.
Hadir di majlis terseut Pemangku Pegawai Daerah Temburong,Yang Mulia Awang Matusin Bin Orang Kaya Sura Haji Tuba bagi melancarkan Perasmian Pembukaan Pelancaran acara-acara sukan Sempena Hari Perayaan Di Daerah Temburong. Tetamu Kehormat juga menyaksikan persembahan tarian dari Sekolah Rendah Amo dan seterusnya menyampaikan cendrahati kepada Pengerusi-Pengerusi yang mengambil bahagian.
Perasmian pelancaran acara-acara sukan ini adalah untuk memulakan atau membuka tirai bagi sambutan perayaan mengenai acara-acara yang berbentuk sukan di Daerah Temburong seperti Bulu Tangkis,Futsal,Sepak Takraw,Bola Tampar,Tarik Kalat,Bola Jaring,Pertandingan Silat dan Sukan Rakyat.




