Wednesday, June 4, 2008

BANTUAN RUMAH YAYASAN


Shelter is one of the most important factors in the hierarchy of human needs. Due to this fact, the Sultan Haji Hassanal Bolkiah Foundation has provided two housing projects which is one in the field of religion and another is in the fieldof welfare.





Pembinaan rumah rumah bantuan di bawah Skim Perumahan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah adalah merupakan salah satu projek yang dilaksanakan oleh Yayasan sebagai usahanya bagi mempertingkatkan kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyat di Negara ini selaras dengan dasar dan tujuan penubuhannya. Pagi tadi telah berlangsungnya Majlis Memulakan Tiang Rumah Bantuan Skim Perumahan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah bagi pembinaan sebuah rumah bantuan Skim Perumahan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah di Kampong Selapon, Daerah Temburong.





Kerja kerja pembinaan bagi rumah milik Dayang Taibah binti Abdullah @ Ia anak Erok iaitu seorang saudara baru, adalah merupakan kerjasamaa diantara Yayasan Sultan Hassanal Bolkiah dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan ianya diajangka akan siap pembinaannya pada bulan Ogos 2008 ini nanti. Hadir di majlis ini bagi menyempurnakan penuangan simen pada tian pertama rumah ialah Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Yang Mulia Dato Paduka Haji Ali Hashim bin Haji Daud. Turut Hadir, Penolong Pegawai Daerah, Yang Mulia Pengiran Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud, Penolong Pengarah Urusan Yayasan, pegawai pegawai kanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei , Penghulu Mukim Batu Apoi dan Pegawai pegawai Kerajaan yang terlibat dalam menjayakan projek ini.


Peminaan rumah bantuan kepada saudara saudara baru adalah bertujuan bagi menberi peluang kepada mereka untuk memperbaiki taraf kehidupan disamping dapat meneruskan dan menghayati kehidupan sebagai seoang islam dengan sempurna dan dapat melaksanakan kewajipan terhadap Allah Subhanahu Wata’ala dalam keadaan yang selesa dan aman. Manakala pembinaan rumah bantuan kepada mereka yang tidak berkemampuan pula adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada mereka untuk meneruskan kehidupan yang selesa, bersih dan selamat bagi mengwujudkan kehidupan berkeluarga yang aman dan harmoni. Rumah rumah bantuan di bawah Skim Perumahan Yayasan adalah dikhususkan kepada saudara saudara baru dan mereka yang daif dan tidak berkemampuan mendirikan rumah sendiri. Rumah rumah bantuan ini dikurniakan secara percuma kepada para penerima yang layak mengikut criteria yang telah ditetapkan oleh pihak Yayasan.






Since the start of the construction of the Foundation Housing Scheme which was in the year 1996, to date, there are altogether 130 houses which has already been built and handed to its rightful reception. 76 of these houses goes to the Muslim converts while 54 are given to the destitute.