Tuesday, May 27, 2008

PERHiMPUNAN SAUDARA SAUDARA BARU

Ahli Jawatankuasa Tadbir Persatuan Persatuan Saudara Saudara Baru dinegara ini telah mengadakan pelbagai projek dan rancangan yang telah dirancang dan disusun mengikut keupayaan yang ada oleh setiap Persatuan Persatuan Saudara Baru diseluruh negara pada setiap tahun seperti mengadakan sukan muhibbah, majlis majlis keraiaan yang bercorak keagamaan mahupun kenegaraan. Seperti berlangsungnya acara Majlis Perhimpunan Saudara Saudara Baru Senegara Bagi Tahun 1429H/2008M di Daerah Temburong pada hari Ahad, 25th Mei yang lalu.


Majlis Perhimpunan Saudara Saudara Baru ini anjuran Persatuan Saudara Saudara Baru Daerah Temburong ‘PESAT’ atas usaha dan kerjasama daripada Pusat Da’awah Islamiah melalui Unit Da’wah Daerah. Majlis ini adalah perhimpunan yang menggambungkan penyertaan 4 persatuan saudara saudara baru dari keempat empat daerah, iaitu Persatuan Saudara Saudara Baru Daerah Temburong ‘PESAT’, Persatuan Nur Islam ‘PNI’ Daerah Brunei dan Muara, Persatuan Sinar Islam ‘PSI’ Daerah Belait dan Persatuan Saudara Saudara Baru Daerah Tutong ‘PESATU’.


Tujuan perhimpuana ini diadakan adalah bagi mengumpulkan semua saudara saudara baru diseluruh negara untuk menyatupadukan dan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan untuk mengaktifkan Persatuan Persatuan Saudara Baru di keempat empat daerah di Negara Brunei Darussalam yang sudah terjalin begitu lama diantara Pusat Da’wah Islamiah dan Saudara Saudara Baru diseluruh negara.


Hadir selaku tetamu kehormat hari tersebut adalah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Peduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman. Turut hadir di majlis ini adalah Pengarah Pengarah, Timbalan Timbalan Pengarah, Pegawai Pegawai Daerah, Ketua Ketua Pegawai Ugama, Pegawai Pegawai Kanan, Jabatan Jabatan di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama, Penghulu Penghulu dan Ketua Ketua Kampong.


Di majlis ini telah diumumkan ‘Saudara Baru Teladan’ yang dipilih dari kalangan saudara saudara baru yang banyak menyumbangkan jasa bakti dan penglibatan kepada masyarakat, persatuan saudara saudara baru dan kerajaan terutama dalam usaha dakwah Islamiah dan pengumuman keputusan bagi Peraduan Kebersihan Rumah Bantuan Pusat Da’wah Islamiah. Bagi memeriahkan lagi majlis pagi tadi telah diadakan persembahan Sajak dari Persatuan Saudara Saudara Baru Daerah Tutong ‘PESATU’, persembahan Puisidra dari Persatuan Sinar Islam Daerah Belait ‘PSI’ dan Persembahan Nasyid dari Persatuan Nurul Islam Daerah Brunei Muara ‘PNI’ dan diteruskan lagi dengan penyampaian Kunci Rumah Bantuan Pusat Dakwah Islamiah. Majlis bertempat di Dewan Belalong Kompleks Dewan Kemasyarakatan Pekan Bangar Daerah Temburong.