Untuk mencapai persekitaran yang bebas dari asap rokok, ianya tidak akan berjaya diusahakan oleh Kementerian Kesihatan sahaja. Kerjasama dari semua pihak sama ada dari pihak kerajaan, pihak swasta dan juga orang orang persendirian adalah diperlukan. Jestru itu Jabatan Perkhidmatan Kesihatan cawangan Daerah Temburong pagi tadi telah mengadakan majlis penyerahan Poster Perintah Tembakau 2005 dan notis larangan merokok kepada semua pegawai serta ketua ketua Jabatan Kerajaan dan Swasta di Daerah Temburong. Penyerahannya telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Perubatan, Dr.Hj.Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Awang Hj Abidin. Perintah Tembakau 2005 dan peraturan peraturannya akan dikuatkuasakan bemula pada 1 Jun 2008 ini. Perintah ini adalah menjunjung Titah Perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan yang mana Baginda bertitah pentingnya mengambil akta akta dan peraturan peraturan untuk menangani masalah merokok di negara ini. Perintah Tembakau ini adalah mengikut garispandu dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia dimana matlamat utama Perintah ini adalah untuk melindungi kesihatan awam dari gejala tembakau dengan mengadakan persekitaran yang bebas merokok. Perintah tersebut mengandungi beberapa bahagian termasuk mengawal penjualan dan pembungkusan produk tembakau serta mengawal penggunaan produk tembakau terutama sekali kepada mereka yang berumur 18 tahun kebawah dan lain lain. Kearah membantu bagi menanagi tabiat merokok ini juga, Kementerian Kesihatan telah memulakan Perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok bagi membantu mereka yang berhasrat untuk berhenti merokok supaya mereka ini dapat dirujuk ke klinik berkenaan. Perkhidmatan ini dianggotai oleh pegawai pegawai yang mahir dan pakar dalam bidang berhenti merokok. Dengan usaha usaha seperti Penyerahan Poster Poster, Notis Larangan Merokok dan perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok ini akan dapat membantu kearah masyarakat yang sihat sejahtera dan produktif akan tercapai.
With regards to Tobacco control, Negara Brunei Darussalam is 100% committed to WHO goal of 100% smoke free environment to protect public health, because there is sufficient evidence that second hand smoke is harmful. Internationally Negara Brunei Darussalam is part of the International Treaty Framework Convention on Tobacco Control (FCTC) which is ratified in 3 June 2004. At the National level Ministry of Health (MOH)has been actively promoting anti smoking campaign since 1988. MOH had declared that all building under the Ministry including Offices, Hospitals, and Clinics are ‘No Smoking Zone’ since 15th August 1990. At the District level Health Department Temburong has been actively disseminating anti smoking message to the public through exhibitions at important events such as Public service day and Mukim Sehat Activities in Temburong. Health Department Temburong had conducted talks on Controls of Tobacco products and Control and advertisement to retailers on 17th May 2008. This ceremony is the distribution of Tobacco Act 2005 posters and No Smoking Notices to Government departments and Schools. Hope this event will enhance our commitment to create 100% smoke free environment.





