Wednesday, November 26, 2008

PROJEK AMAL BELIA


Belia yang terpuji adalah belia yang sentiasa memberi sumbangan tenaga secara sukarela yang berterusan menyukong dan membantu Jabatan dalam perlaksanaan dan berbagai kegiatan kebeliaan bukan saja di peringkat Daerah malah di peingkat Kebangsaan. Belia merupakan aset paling berharga bagi sesebuah Negara yang berpotensi dan berkeupayaan dalam pelbagai bidang agar dapat menjadi sumber tenaga manusia yang berharga yang dapat menyumbang kepada kemajuan, kemakmuran, keamanan dan kesejahteran bermasyarakat dan bernegara, para belia juga merupakan sebagai harta negara yang merupakan sumber tenaga manusia yang penting bagi Negara. Beberapa hari yang lalu Belia Belia dari Daerah Temburong dengan Kerjasama Belia Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah telah melakukan projek amal selama dua hari di Daerah Temburong. Dalam projek amal ini mereka me'up-grade sebuah rumah milik seorang mualaf di Kampung Sibut, Temburong.